Allah mencabar manusia untuk mencipta seusatu makhluk dari tiada kepada ada. Atau mencipta jantina lelaki atau perempuan.
Firman-nya
يأيها
الناس ضرب مثل فاستمعوا له أن الذين تدعون من دون الله لن يخلقوا ذبابا
ولو اجتمعوا له وإن يسلبهم الذباب شيئا لايستنقذوه منه ضعف الطالب والمطلوب
(Surah Al-Hajj: 73)
Terjemahan:
“Hai
manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan
itu, sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak
dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk
menciptakannya dan jika lalat-lalat itu merampas sesuatu dari mereka,
tidaklah mereka dapat merebut kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang
menymbah dan amat lemah pulalah yang disembah”.
Cabaran dari Allah ini akan terus berlaku dan berterusan sehingga ke Hari Kiamat. Meskipun berkumpul sekalian pakar-pakar dari seluruh dunia dan bekerjasama, mereka tidak akan mampu untuk mencipta seekor lalat pun. Sehingga ini, manusia telah melangkah menjelajahi bulan, planet marikh dan melakukan berbagai penerokaan angkasa lepas. Namun, mereka tidak berupaya untuk mencipta seekor lalat pun, maka itulah Allah telah bertanya dalam firman-Nya:
أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون
(Surah Al-Thur: 35)
Terjemahan:
“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"
Oleh kerana segala sesuatu dalam ala mini ciptaan Allah, maka secara automatic segala hokum dan peraturan alam yang berlaku juga berjalan menurut kemahuan dan kehendak Allah. Hanya dalam perkara tertentu sahaja Allah memberikan kuasa kepada manusia untuk melakukan pemilihan.
Sebagai contoh, peredaran matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi. Mereka bergerak dan beredar pada orbit masing-masing, tidak berlanggar antara satu sama lain semata-mata tunduk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah penciptanya.
Firman Allah:
لا الشمس ينبغي لها أن تدرك القمر ولا اليل سابق النهار وكل في فلك يسبحون
(Surah Yassin: 40)
Terjemahan:
“Tidaklah
mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat
mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarannya”
Telah terbukti bahawa matahari, bulan dan bintang beredar dengan perhitungan tepat tanpapernah maju atau mundur sedikitpun dalam terbit mahupun terbenamnya sejak berjuta tahun yang lalu. Masing-masing punya garis edar tersendiri dengan jarak edar tertentu yang ditetapkan oleh Allah. Manusia tidak mampu mengejar terbitnya matahari walaupun hanya satu detik. Tidak juga manusia mampu menghentikan atau mempercepatkan putaran bumi meskipun hanya seketika.
Meninjau tentang kejadian alam ini, jelas sekali membuktikan tentang ketelitian, keagungan dan kemampuan Al-Khalik sebagai Maha Pencipta. Ianya tidak dapat disanggah lagi oleh sesiapa pun.
(Ibnu Muhammad. DIA Pencipta Alam Ini. 1996)
No comments:
Post a Comment